Memaparkan catatan dengan label 20 sen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 20 sen. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Disember 2012

DAPAT LAGI 20 SEN 1994

Assalamualaikum.  Baru baru ni aku telah berjaya memperolehi satu lagi 20 sen tahun 1994.  Kali ni aku perolehi hasil dari pemberian adik ipar aku yang juga pernah meyumbangkan beberapa keping wang kertas untuk koleksi aku.  Keadaan duit syiling tu bukan UNC tapi ok la.  Masih lagi dalam keadaan yang elok. Kalau aku nak gred kan pun aku pun kurang arif. Antara EF atau VF kut.


SO? GRED APA?



Untuk maklumat 20 sen 1994 dikeluarkan pada tahun 1994 sebanyak 2,680,339 keping dan ditempa di Kilang Wang, Shah Alam.  Kalau nak dibandingkan dengan 20 sen keluaran tahun yang lain, tahun 1994 paling sikit pengeluarannya.  So, sekarang ni memang payah dah nak terjumpa dengan syiling 20 sen 1994 ni.  Nilai untuk sekeping 20 sen 1994 gred BU ialah dalam lingkungan RM100 dan UNC dalam lingkungan RM50.  Hebat bukan? So, lepas ni kalau dapat 20 sen jangan lupa untuk tengok tahun nya. Mana tau dari boleh beli gula gula 20 sen tetiba dah boleh makan kat gerai untuk 2 atau 3 orang. Sekian.

PS: MENURUT RAKAN YANG MENGKAJI SYILING ERROR 20 SEN 1994 NI ADA ERROR DD ATAU MDD...YANG NI AKU MASIH TAK TAU..KALAU ADA INFO BOLEH KITA KONGSIKAN

Ahad, 8 Julai 2012

SAMPUL DUIT RAYA 2012

Assalamualaikum...Alhamdulillah, lagi beberapa hari je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Selepas sebulan menikmati nikmat Ramadhan, Syawal pula bakal kita sambut sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran atas nikmat yang Allah telah kurniakan.  Duit baru pun  bakal diedarkan sebelum Raya ni..insyaallah.  Boleh tengok post lama saya LAMA DAN BARU.

Seiring dengan pengedaran duit baru tahun ni...apa kata kenekan dengan sampul duit raya yang unik.  Baru budak-budak rasa teruja..Teruja dengan sampul duit n bila bukak teruja pulak dengan duit raya baru walaupun RM1..takpun 50 sen baru..ehee.  Luar dalam semuanya barang baru punya.

  
SAMPUL DUIT RAYA 2012
ADA 8 DESIGN SEMUANYA



 KOD 1 : GORAYA

KOD 2 : LUMIA


KOD 3 : BEN10


KOD 4 : iPHONE

KOD 5 : SAMSUNG GALAXY NOTE


KOD 6 : MONEYBOOK


KOD 7 : ANGRY BIRD



KOD 8 : TWITTER


Menarik kan?  So, sesiapa yang teringin nak membuat anak-anak kita teruja dan lebih gembira di Hari Raya ni bolehlah membuat tempahan secara pre order melalui blog ini atau lawati facebook 
DINEE COLLECTION untuk info harga dan detail yang lebih. 
Boleh jugak PM terus facebook NORIS MALIZA

Secara ringkas info sampul ni

ada 8 design semuanya
1 paket ada 5 keping
bole campur2..

PRE-ORDER DARI 8/7/12 SEHINGGA 15/7/2012 SAHAJA
SO KENA CEPAT...K


SAIZ SAMPUL..TAK DAPAT NAK GAYAKAN DENGAN DUIT BARU ..
KENE TUNGGU  15 JULAI NI LA...



SEKIAN...


Sabtu, 2 Jun 2012

20 SEN 1994

Assalamualaikum...alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jugak memiliki 20 sen tahun 1994.  Bagi collector baru macam aku ni..agak susah jugak la nak dapat 20 sen 1994 ni.  Yang ni pun aku baru dapat semalam dari abah aku.  Abah aku pun mengumpul jugak.  Ehe.  Bukan mengumpul macam collector tapi saje mengumpul duit syiling.  Malam semalam aku saje je menyelongkar laci almari.  Ada la jumpa sekeping dua syiling parlimen.  Abah aku tanya la cari apa.  Aku bagitau saje nak cari syiling parlimen lama.  Pastu dia bagi bekas duit syiling dia.  Aku pun cari la. Targetnya 10 sen 1971.  Target mesti la besar.  Tapi 10 sen 1971 tak de.  Yang aku dapat 20 sen 1994 ni.  Syukur alhamdulillah.  Dapat barang free memang seronok.  Kenapa tahun 1994?  Yang aku tahu tahun ni pengeluaran 20 sen ni agak sedikit berbanding tahun tahun yang lain.  Jumlah aku tak pasti.  Nak rujukan boleh rujuk blog yang ditulis oleh otai kita iaitu sdr lunaticg (http://lunaticg.blogspot.com/2008/10/you-need-extra-money-right-check-your.html)




Tentang condition syiling ni boleh tengok sendiri la.  Bagi aku biarla condition macam mana pun asalkan  
aku dapat 20 sen tahun 1994 ni.  Lebih baik ada dari takde langsung.  Bertambahla koleksi aku. Alhamdulillah.  Sekian.

Isnin, 14 Mei 2012

ADAKAH 20 SEN INI SYILING ERROR?

Adakah 20 sen ini syiling error?Entahla, aku pun tak berapa nak tau.  Aku dah rujuk blog pakar syiling error iaitu http://depankanta.blogspot.com tapi dengan pengalaman aku yang tak seberapa ini, aku masih tak dapat menjelaskan apa yang berlaku.  

Ini visual yang aku tangkap.  Harap maaf jika visual kurang memuaskan.


ANAK PANAH MENUNJUKKAN KERETAKAN ATAU GARIS DI TAHUN 1982


ADAKAH SYILING INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI ERROR?

Itulah dia persoalan yang aku nak tujukan pada sesiapa yang tgk blog aku ni.  Adakah ianya error yang dinamakan STRUCK THROUGH? atau pun ada istilah yang lain? Ataupun ianya hanya syiling biasa tanpa error?  Sama-samalah kita berfikir. Wasalam.