Memaparkan catatan dengan label LIPTON. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LIPTON. Papar semua catatan

Ahad, 3 November 2013

FREE GIFT PERCUMA

Assalamualaikum.  Barang free? Free gift? Memang menarik.  Bila keluarga dan rakan kita tahu yang kita ni suka simpan benda benda free gift ni, maka mudahlah kita untuk mendapatkan barangan free gift ni secara percuma.  Ada antara barang yang aku dapat free dari ahli keluarga dan rakan.


Mug Lipton ni isteri aku dapatkan secara free dari makmal sekolah milik pembantu makmal.


Keadaan mug sudah tidak berapa baik.  Tapi takpe asal free


HACKS...pemberian rakan guru koperasi sekolah


sekali dengan garpu cap Hacks jugak..

Sekian....

Selasa, 24 September 2013

TRAFFIC LIGHT

Assalamualaikum. Merah.....kuning.....hijau..warna lampu isyarat. Kalau dilihat kombinasinya memang sesuai dgn warna rasmi 3 barangan koleksi aku iaitu Nescafe, Lipton dan Milo. 


Merah...Nescafe
Ada jugak yg takde warna merah..tapi rasminya Nescafe mesti merah


Kuning...Lipton
Warna rasmi kuning....Barangan Lipton agak terhad


Hijau...MILO
Hijau membawa ketenangan.......

Ahad, 7 April 2013

LIPTON SEMAKIN BERTAMBAH

Assalamualaikum.  Dari hanya ada 3 koleksi terdiri dari 2 mug n satu tin, jenama teh Lipton semakin bertambah.  Kali ni dapat Lipton Hirameki dan gelas tinggi Lipton Ice Tea.  Nampaknya Lipton memang antara brand yang aku suka. Teruskan mencari dan teruskan pemburuan.  Insyaallah akan ada hasilnya.


simple interesting

Khamis, 21 Mac 2013

GENG LIPTON

Salam. Barang Lipton memang jarang dikeluarkan sebagai free gift.  Bukan macam Milo yang banyak keluarkan barang dan aksesori.  Disebabkan jarang keluar la jenama ni nampak memang eksklusif. Dalam simpanan aku pun tak banyak.  Cuma ada dua mug dan satu tin.  Skang ni tambah lagi 3 mug yang aku baru dapat tahun ni.  Eksklusif dari Lipton






Isnin, 17 Disember 2012

TIN EKSLUSIF LIPTON EDISI TERHAD

Assalamualaikum.  Barangan Lipton memang payah aku nak dapat.  Diorang ni bukan rajin sangat nak bagi barang free.  Koleksi barang Lipton aku pun memang agak terhad.  Salah satu yang aku ada ni ha tin Lipton Edisi Terhad ni. Dah lama dah keluaran ni tapi aku ni biasa la...dah basi baru la berpeluang dapat.  Bukan baru pun. Dah agak buruk dan ada kemek sikit. Takpela.  Duit pun tak keluar. Dapat free jer. Dari dibuang begitu sahaja, baik kita kumpul dan simpan






Jumaat, 7 Disember 2012

MUG LIPTON


Assalamualaikum. Aku n keluarga pulang ke kampung isteri di Selising, Kelantan.  Semalam, tergerak hati untuk saje saje tengok ada satu kedai menjual barangan terpakai ni.  Lama dah kedai tuh, cuma aku jer tak pernah nak masuk sebab keadaan kedai atau gudang tuh teramatlah dasyat dan sekali tengok macam tempat pembuangan sampah. Mana pintu masuk pun tak jumpa. Bersepah barang. Nak pijak lantai pun payah.  Tapi oklah, sekali aku try masuk tuh dapatlah jugak barang barang yang aku suka simpan ni. Harga pun murah.  Kira cincai cincai jer.  Antara barangnya yang aku dapat ialah mug Lipton ni.  Bila punya keluaran aku pun tak tau.  Dalam kedai tuh memang kotor la mug ni. Nasib baik kaler kuning, dari jauh aku nampak dah. Tengok ada tulis Lipton. 


SUDAH DIBERSIHKAN

Mug Lipton pun aku tak banyak ada. Yang ni baru yang ke dua. Lipton pun tak banyak bagi mug free macam Milo.  



Sabtu, 19 Mei 2012

MY MOM'S COLLECTION

Salam...entry kali ni aku tak bercerita pasal duit tapi pasal barang-barang free gift seperti mana sahabat collector aku di luar sana.  Aku bukanlah collector untuk barang free gift n limited edition ni tapi stil berminat berkenaan barang barang ni.  Kalau yang aku ada pun tak la disimpan tetapi digunakan seratus peratus.  Tapi bila tgk semangat collector yang lain terutamanya dari http://hobby-collection.blogspot.com/http://edilelly.blogspot.com/http://spallanpunya.blogspot.com/http://wwwakupunyer.blogspot.com/ membuatkan aku terasa nak berkongsi berkenaan barangan free gift ni.

Minggu lepas aku balik kampung aku di Seri Manjung , Perak dan aku terjumpa mug milo yang aku pernah guna masa kecik dulu.  Memang best la minum milo pakai mug tu.


MUG MILO BENTUK BOLA SEPAK
LEPAS MINUM MESTI TERASA NAK MAIN BOLA

Lepas terjumpa je mug milo tadi, aku teruskan pencarian untuk barang yang lain.  Semuanya masih disimpan kemas oleh mak aku.  Mak aku bukanla collector tapi sekadar seorang ibu yang menyimpan barang tersebut untuk keperluan keluarga.  Inilah dia hasil pencarian aku aku 


CAWAN PLASTIK MILO


CORAK BELAKANG
VERSI 'GIRL'..ada VERSI 'BOY' JUGAK KUT


MUG LIPTON
'INSPIRING'
MAK AKU SUKA MINUM TEH PAKAI MUG NI DULU


MUG SOUTHEAST ASIA INSURANCE BERHAD


MUG ANLENE


VERSI HIJAU


MASIH DI DALAM KOTAK
DAN BILA DIKELUARKAN....


CORAK PENARI TULANG SIHAT


MUG DARLIE MICKEY MOUSE
TAHUN 2000


ADA JUGAK VERSI DONALD DUCK
ACTUALY ADA 4 SEMUANYA...DUA AKU DAH AMEK


MUG ENERGIZER BERSENAM


MUG BOH
MUG NI MEMANG DAH LAMA TIME AKU KECIK DULU
SEBELUM FAMILY AKU BERTUKAR KE LIPTON


NESCAFE CLASSIC
TAHUN APA AKU DAH TAK INGAT, YANG AKU INGAT FAMILY AKU STOP MINUM NESCAFE   
MASA AKU SEK RENDAH RASENYA (AWAL 90 -an)..LEBIH KURANG TU LAH..SO KALAU ADA BARANG NESCAFE TU KIRA MEMANG LAMA LA...


NI TULISAN BAWAH MUG NESCAFE TADI


BALANG KACA JUGA DARI NESCAFE


TULISAN NESCAFE DI BAWAH BALANG KACA


GELAS KACA NESCAFE CLASSIC
BERTANGKAI HIJAU


JUGA TERDAPAT TANGKAI BIRU DAN TANGKAI PINK
TANGKAI HIJAU AJE YANG TULIS NESCAFE CLASSIC, BIRU N PINK JUST TULIS NESCAFE


GELAS PANJANG NESCAFE SHAKE


GELAS KACA NESCAFE CLASSIC JUGAK
YANG BERCORAK SEPERTI INI...


MONUMEN SELURUH DUNIA
'STATUE OF LIBERTY'


'EIFFEL TOWER N GERBANG JEPUN'


GELAS SUNQUICK
ADA SATU JER 


BEKAS THERMOS DUCKHAMS
BOLEH ISI NASI JUGAK DALAM NI


TEKO DUMEX BABYFOOD
ADA SET CAWAN SEBENARNYA TAPI AKU TAK JUMPA
BANYAK LAGI RUANG YANG AKU TAK MAMPU NAK SELONGKAR


BEKAS MAKANAN NESTUM
YANG NI BARU JER


GELAS KACA KUNING
SUNGEI PERAK SUPERMARKET SDN BHD
YANG NI MEMANG LAMA SEBAB SUPERMARKET NI DULU KAT TELUK INTAN,SKANG DAH TAK WUJUD
GELAS NI SEMPENA ULANGTAHUN KE 4 (1981)


EJA SUNGAI PUN MASIH LAGI SUNGEI


ADA TULISAN CINA JUGAK


GELAS DINDINGS SUPERMARKET
SUPERMARKET NI KAT SITIAWAN
SEZAMAN DENGAN SUNGEI PERAK N DLM SYARIKAT YANG SAMA
DINDINGS PUN DAH TAK WUJUD


SEBAHAGIAN SAHAJA..ADA BANYAK SET GELAS NI


NI LAH DIA ANTARA KOLEKSI MAK AKU


ANAK AKU PUN SERONOK MENGAMBIL GAMBAR


SUKA CAWAN MILO...SESUAI UNTUK KANAK-KANAK

Itu la dia antara koleksi mak aku yang aku jumpa.  Ada lagi aku rasa sebab aku ingat ada mug Nespray  (corak love kasih ibu) and mug Sheildtox.(ubat nyamuk tu).  Buat masa sekarang ni aku tak tergerak lagi nak mengumpul n ini sekadar nak berkongsi dengan rakan rakan collector yang lain.  Mungkin suatu hari nanti atau dalam tak sedar aku terkumpul manalah tau kan.  Bagi bertambah meriah arena ni......apapun enjoy.Wassalam.