Khamis, 28 Mac 2013

COCA COLA TULISAN CINA

Assalamualaikum.  Tahun Baru Cina baru baru ni aku telah menjalankan misi pencarian barang barang koleksi semasa berada di kampung.  Dan misi telah berjaya dengan membawa pulang satu gelas Coca Cola yang aku tak berapa pasti tahun keluarannya.  Gelas ni memang mahal sikit berbanding dengan gelas lain yang aku dapat masa tu jugak.  Mungkin sebab rare tak pun ianya dinilai berdasarkan ketebalan dinding kacanya.  Gelas ni pun memang nampak lebih kuat dan lebih tebal.



TULISAN CINA?

Khamis, 21 Mac 2013

GENG LIPTON

Salam. Barang Lipton memang jarang dikeluarkan sebagai free gift.  Bukan macam Milo yang banyak keluarkan barang dan aksesori.  Disebabkan jarang keluar la jenama ni nampak memang eksklusif. Dalam simpanan aku pun tak banyak.  Cuma ada dua mug dan satu tin.  Skang ni tambah lagi 3 mug yang aku baru dapat tahun ni.  Eksklusif dari Lipton






Sabtu, 16 Mac 2013

HAVE A PEPSI DAY

Salam untuk semua.  Lama jugak aku tak post blog ni.  Agak sibuk sket dgn kerja.  Anak pulak xberapa sihat. Diri sendiri pun demam jugak skang ni. So, simple je just nk share berkenaan gelas Pepsi yg telah berada dalam simpanan koleksi aku. Ini gelas Pepsi lama dan old skool.  Ramai yg tanya aku nak jual ke tak? Jawabnya aku akan jual bila sampai masanya untuk menampung koleksi yg lain...tunggu....



Khamis, 14 Februari 2013

MUG LAMA KE BARU NI?

Salam semua.  Sebelum Tahun Baru Cina hari tu aku dan keluarga keluar bershoping di supermarket berhampiran.  Kebetulan pulak ada promo Kit Kat sempena Tahun Baru Cina. Dengan pembelian pek khas bolehla bawak balik mug kaler merah ni.  Tapi persoalannya ialah mug yang aku dapat ni rasa rasanya design lama. Aku pun tak pernah ada mug ni so bila budak kaunter tu bagi aku ambil ajer la.  Dia pun tak cakap apa apa.  Selang beberapa hari baru keluar iklan promosi Kit Kat kat TV dan mug yang diedarkan untuk kali ni design berbeza dari yang aku dapat ni.  Takpela..mungkin dah habis kut ..tu yang dia bagi mug lama kat aku. Apapun kita simpan ajela.  Esok esok boleh jual..ehe



mug design lama la pulak






Jumaat, 1 Februari 2013

CERGAS BERSAMA MILO

Assalamualaikum.  Antara mug Milo yang aku simpan adalah dua jenis seperti dalam gambar di bawah ni.  Yang atas tu satu dan yang kat bawah tu pulak ada dua.  Malangnya satu tu dah patah tangkai.  Takpela. Patah tangkai pun masih lagi ada rupa mug.



MUG MILO MAJLIS KECERGASAN KEBANGSAAN

Serba sedikit tentang Majlis Kecergasan Kebangsaan atau NFC :


Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC) dilancarkan dengan jayanya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 12 September 2004 di Bukit Jalil. Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC) ditubuhkan sebagai satu badan perunding, penyelaras, pengawal dan penasihat kepada pembangunan kecergasan agar menepati dan menyokong matlamat Dasar Sukan Negara dan Wawasan 2020.



MUG MILO CHAMPIONS YOUTH CUP 2008


Serba sedikit tentang Champions Youth Cup (CYC 2008) :

Champions Youth Cup telah diadakan di Malaysia pada 5 hingga 16 Ogos tahun 2008.  Sebanyak 16 pasukan dari pelbagai negara  telah mengambil bahagian termasuk 4 negara Asia iaitu Malaysia,  China, India dan Qatar.  Malaysia telah diletakkan dalam kumpulan B bersama sama pasukan Ajax, Chelsea dan AC Milan.

Rabu, 30 Januari 2013

DARI KANTIN SEKOLAH KE RAK KOLEKSI

Assalamualaikum.  Satu lagi barang KFC sumbangan isteri tersayang.  Botol untuk isi sabun untuk mencuci tangan keluaran KFC.  Isteri aku dapat ni pun dari kantin sekolah dia.  Mulanya sajer je tanya kat tauke kantin tuh kalau tak nak guna lagi jual la kat dia.  Tapi tauke tuh terus ajer keluarkan sabun pencuci tangan dalam botol tuh dan terus bagi free ajer kat isteri kau..Alhamdulillah..rezeki.  Satu lagi barang berjaya diselamatkan dan dinaik tarafkan sebagai barangan koleksi.  Sama macam bekas Milo yang aku selamatkan dari bilik air dulu....(boleh check kat post DARI BILIK AIR KE RAK SIMPANAN )


IT'S FINGER LICKIN' GOOD


Khamis, 24 Januari 2013

50 SEN TERBELAH

Salam.  Ingat lagi dulu sebelum terlibat dengan pengumpulan ni pernah jugak aku terjumpa dengan 50 sen yang sisinya dalam keadaan terbelah dua.  Tapi masa tuh buat tak tahu aje la sebab ingatkan benda tu perkara yang biasa.  Ada jugak yang cakap tu duit palsu.  Fakta sebenarnya ialah 50 sen terbelah ni ialah 50sen keluaran tahun 1967, 1968 dan 1969.  50 sen terbelah jugak dikenali dengan istilah sebenarnya iaitu 50 sen Sisi Sekuriti atau pun Security Edge


 DALAM SIMPANAN AKU HANYA ADA 1967 DAN 1968
1969 DIKATEGORIKAN LEBIH RARE DARI YANG DUA TAHUN NI


DAPAT PUN YANG DAH TAK BERAPA CANTIK


SECURITY EDGE


SISI SEKURITI = TERBELAH


Walaupun ramai mencari 50 sen terbelah ni tapi sebenarnya 50 sen yang tak terbelah keluaran tahun 1967, 1968 dan 1969 yang sepatutnya dicari.  50 sen ni istilahnya ialah Sisi Bergerigi atau Milled Edge.  Itulah fakta yang kebanyakan orang khususnya yang bukan collector tidak tahu.  


50 SEN 1967 MILLED EDGE
GAMBAR DIAMBIL DARI KOLEKSI BEKOK....TERIMA KASIH
BOLEH LAWAT LINK KOLEKSI BEKOK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Nilai 50 sen Security Edge dianggarkan RM 45 untuk gred UNC tahun 1967 dan 1968.  Untuk tahun 1969 pula mungkin menjangkau RM500.

Nilai untuk 50 sen Milled Edge dianggarkan RM 1500 untuk tahun 1967, RM1800 tahun 1968 dan RM4000 untuk tahun 1969.  Semua dinilai untuk gred UNC ke atas sahaja.  

So, kalau ada simpanla untuk masa depan.  Sekian

Selasa, 22 Januari 2013

RM50 SUKAN KOMANWEL 1998

Assalamualaikum.  Ramai orang khususnya yang bukan collector matawang tidak tahu tentang kewujudan RM50 yang dikeluarkan sempena Sukan Komanwel yang telah dilangsungkan di Kula Lumpur pada tahun 1998.  Bila ditunjukkan kepada umum, ramai yang menyatakan inilah rupa RM50 baru yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.  Aku pun dahulunya tak tau pun pasal wang kertas ni dan salah satu sebab aku tertarik dengan pengumpulan wang kertas ni ialah apabila melihat RM50 ni yang sememangnya mempunyai design dan warna yang menarik.  


WANG KERTAS POLIMER PERTAMA MALAYSIA
SIGN OLEH TAN SRI DATO AHMAD BIN MOHD DON


STADIUM BUKIT JALIL DAN LOGO SUKAN KOMANWEL 1998
CETAKAN NOTE PRINTING AUSTRALIA


SAMPUL UNTUK FOLDER


RM50 NI DIKELUARKAN BERSAMA DENGAN FOLDER KHAS 

Setelah setahun lebih aku melibatkan diri dalam pengumpulan wang ni baru lah kali ni berpeluang memiliki RM50 ni.  Kebetulan boleh dapat dengan harga yang berpatutan di SP Plaza Sungai Petani.  Terima kasih buat isteri aku kerana menghadiahkan RM50 ni sempena ulangtahun kelahiran aku.  

PS: LAKU TAK KALAU GUNA UNTUK PEMBELIAN?

Seperti yang dinyatakan di wang kertas tersebut dan sama sajer dengan mana mana wang kertas pun
"WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI RM50"

Tapi..kalau dah susah payah membeli untuk koleksi buat apa nak guna kat supermarket pulak..mungkin ada yang pernah  buat sepertimana aku dapat Syiling Peringatan 30 Tahun Merdeka di Pasaraya The Store.

Jumaat, 18 Januari 2013

MADE IN THAILAND

Assalamualaikum. Sebelum ni aku dah pernah dapat koleksi botol kaca dari sempadan Malaysia Thailand di Padang Besar.  Tapi botol Coca Cola tak jumpa pulak. Hujung minggu lepas aku try pulak nasib kat satu lagi sempadan iaitu di Pengkalan Hulu,Perak yang bersempadan dengan Betong, Thailand. Walaupun tempat shopping bebas cukai dia tak sehebat Padang Besar atau Rantau Panjang, aku dapat jugak beberapa barang Siam untuk jadi koleksi.




Alhamdulillah, dapat jugak botol kaca 280 ml. Rule kat sini kalau nak beli air saje harganya seperti yang dipaparkan tapi kalau nak sekali dengan botol harganya up jadi mahal sket. Mamat Siam yang jual tu kata memang ramai orang cari yang botol kaca ni maklumlah kat Malaysia ni sume dah pakai botol plastik. Botol kicap pun tak lama lagi mungkin sume pakai plastik jugak.




Selain botol kaca Coca Cola, dapat jugak air tin panjang 240 ml Sprite dan Fanta juga Made in Thailand.  Tin Malaysia kalau air gas selalunya 325ml.  Agak kurang baik untuk kesihatan. Aku pun memang tak minum air tin ni tapi beli hanya untuk disimpan sebagai koleksi.     

Rabu, 16 Januari 2013

HASIL DARI SEMPADAN


Assalamualaikum.  Cuti sekolah hari tu aku dan keluarga telah melawat negeri Perlis Indera Kayangan.  Program utama ialah pergi kenduri pengantin di Kangar.  Selesai makan kenduri kami berjalan pulak ke sempadan Malaysia Thailand iaitu Padang Besar.  Biasala kalau dah pergi area sempadan ni mestila membeli barangan bebas cukai dan kebanyakan adalah 'Made in Thailand'.

So, bila dah sampai sempadan ni bolehla cari cari barang koleksi 'Made in Thailand'.  Nasib pun cukup baik, Alhamdulillah baru je keluar kereta dah jumpa barang yang dicari.  Tapi susah nak bawak pulak so aku pun beli time nak balik. Nasib baik jugak kedai tu masih buka dan barang pun masih banyak.



FANTA DAN SPRITE BOTOL KACA
FIRST UNTUK KOLEKSI



FANTA MERAH


FANTA OREN


FANTA HIJAU DAN SPRITE


BOTOL COCA COLA TAK JUMPA...

SURVEY KAT ONLINE ORANG DAH JUAL DENGAN HARGA BERLIPAT KALI GANDA

PS : AIR NI BUKAN UNTUK DIMINUM TAPI HANYA UNTUK KOLEKSI