Assalamualaikum. Baru baru ni aku telah berjaya memperolehi satu lagi 20 sen tahun 1994. Kali ni aku perolehi hasil dari pemberian adik ipar aku yang juga pernah meyumbangkan beberapa keping wang kertas untuk koleksi aku. Keadaan duit syiling tu bukan UNC tapi ok la. Masih lagi dalam keadaan yang elok. Kalau aku nak gred kan pun aku pun kurang arif. Antara EF atau VF kut.
SO? GRED APA?
Untuk maklumat 20 sen 1994 dikeluarkan pada tahun 1994 sebanyak 2,680,339 keping dan ditempa di Kilang Wang, Shah Alam. Kalau nak dibandingkan dengan 20 sen keluaran tahun yang lain, tahun 1994 paling sikit pengeluarannya. So, sekarang ni memang payah dah nak terjumpa dengan syiling 20 sen 1994 ni. Nilai untuk sekeping 20 sen 1994 gred BU ialah dalam lingkungan RM100 dan UNC dalam lingkungan RM50. Hebat bukan? So, lepas ni kalau dapat 20 sen jangan lupa untuk tengok tahun nya. Mana tau dari boleh beli gula gula 20 sen tetiba dah boleh makan kat gerai untuk 2 atau 3 orang. Sekian.
PS: MENURUT RAKAN YANG MENGKAJI SYILING ERROR 20 SEN 1994 NI ADA ERROR DD ATAU MDD...YANG NI AKU MASIH TAK TAU..KALAU ADA INFO BOLEH KITA KONGSIKAN
saya bru ada sekeping..hehe
BalasPadamsaya kadang teliti kadang tidak bila tengok tahun :)
BalasPadamsaya pun sama la.sblum ni x fokus sangat duit 20sen ni.lepas baca blog bro la saya bru cek balik duit dalam tabung.mujur jumpa satu
BalasPadamSkang kalau nak cari memang susah.saya dah cari banyak temapat dan keadaan.baru dapat 2 keping.kalau 10 sen 1971 lagi la susah.tapi saya akan tetap cari tanpa libatkan kos.kalau kene keluar modal pun cuba dptkan yang paling minima.barula jadi pemburuan yang bijak
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammelalui tukaran dibank..saya dapat 12keping. Tapi jenuhlah. Perlu tukaran yang banyak sekali.
BalasPadam