Sabtu, 30 Mac 2013

MUG MILO MAGIC??

Assalamualaikum.  Milo datang lagi dan kali ni dari Singapura.  Kat kotak tu kata mug atau pun cawan ni boleh bertukar warna bergantung kepada tahap kesejukan air yang diisi.  Nampak menarik dan teruja bila nak guna.  Aku pernah try test tengok tapi malangnya kesudahannya tak seperti yang dijanjikan.  Perubahannya tak la ketara pun cuma kala pegang cawan tu sejuk ada la.  Mungkin sebab dah lama dan dah masuk angin kut.  Tapi takpela masih lagi boleh disimpan dan dikategorikan sebagai rare.  Tahniah.  Sekian





Dah isi air sejuk pun lebih kurang je macam ni

Khamis, 28 Mac 2013

COCA COLA TULISAN CINA

Assalamualaikum.  Tahun Baru Cina baru baru ni aku telah menjalankan misi pencarian barang barang koleksi semasa berada di kampung.  Dan misi telah berjaya dengan membawa pulang satu gelas Coca Cola yang aku tak berapa pasti tahun keluarannya.  Gelas ni memang mahal sikit berbanding dengan gelas lain yang aku dapat masa tu jugak.  Mungkin sebab rare tak pun ianya dinilai berdasarkan ketebalan dinding kacanya.  Gelas ni pun memang nampak lebih kuat dan lebih tebal.



TULISAN CINA?

Khamis, 21 Mac 2013

GENG LIPTON

Salam. Barang Lipton memang jarang dikeluarkan sebagai free gift.  Bukan macam Milo yang banyak keluarkan barang dan aksesori.  Disebabkan jarang keluar la jenama ni nampak memang eksklusif. Dalam simpanan aku pun tak banyak.  Cuma ada dua mug dan satu tin.  Skang ni tambah lagi 3 mug yang aku baru dapat tahun ni.  Eksklusif dari Lipton






Sabtu, 16 Mac 2013

HAVE A PEPSI DAY

Salam untuk semua.  Lama jugak aku tak post blog ni.  Agak sibuk sket dgn kerja.  Anak pulak xberapa sihat. Diri sendiri pun demam jugak skang ni. So, simple je just nk share berkenaan gelas Pepsi yg telah berada dalam simpanan koleksi aku. Ini gelas Pepsi lama dan old skool.  Ramai yg tanya aku nak jual ke tak? Jawabnya aku akan jual bila sampai masanya untuk menampung koleksi yg lain...tunggu....