Jumaat, 23 November 2012

WANG PALSU RM50??





Assalamualaikum. Ada seorang rakan FB aku telah share berkenaan satu link yang merujuk kepada cara nak tau sama ada RM50 yang kita ada tuh original atau pun palsu. Gambar kat atas tuh adalah aku copy dari laman link tersebut. Kalau diperhatikan kaedah membezakan duit ni agak tak berapa nak tepat dan terlalu umum. Contoh yang aku boleh beri berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa ni ialah perbandingan muka belakang RM50 ni.  Dinyatakan bahawa yang palsu tiada logo 50 tahun kemerdekaan.  Fakta yang sebenarnya, RM 50 siri tersebut bermula dengan prefix AA dihiasi dengan logo 50 tahun merdeka. Logo tersebut kekal sehingga prefix AE.  Manakala prefix AF sampailah seterusnya memang dah takde dah logo 50 tahun ni. Contoh gambar tu pulak yang palsu prefix dia BD. Memanglah takde logo 50 tahun merdeka tu.
Boleh rujuk post aku sebelum ni : CERITA 50 TAHUN MERDEKA

Aku cuma berkongsi apa yang aku tau ajer.  So, lepas ni janganlah ada pihak yang kata kalau takde logo 50 tahun merdeka tuh duit palsu.  Susah la macam tuh. 



YANG NI AKU COPY DARI WEBSITE BANK NEGARA MALAYSIA.NOMBOR KECIK YANG TERTERA PADA RM50 TU IALAH CIRI KESELAMATAN YANG ADA PADA WANG KERTAS MALAYSIA.

NAK TAU LEBIH LANJUT, KITA SAMA SAMA BELAJAR DI LAMAN 






4 ulasan: