Jumaat, 22 Jun 2012

HASIL DARI SEKOLAH

Salam semua.  Setiap hari aku pergi ke sekolah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru.  Alhamdulillah, di samping itu kadang kadang dapat jugak hasil hasil untuk dibuat koleksi. 


RM10 ZG
Yang ni aku dapat dari kantin sekolah semasa menjamu selera
Aku takde lagi ZG ni, yang banyaknya ZC,ZD dan ZE.  ZF pun takde lagi


RM10 Replacement Prefix ZD
Yang ni aku tukar dengan student..'Cikgu suka duit huruf Z ni..tukar dgn cikgu la ek'..itulah ayat aku masa nak tukar duit tuh...'Ok cikgu, no problem'..jawab student aku tuh


RM10 Replacement Prefix ZD jugak
Yang ni hasil dari spot check dompet budak sebab dia main dompet masa tengah exam..jumpa duit ni aku mintak tukar la ..ehe..Entry pasal ni pernah aku post dulu
SATU HARI DI HARI KHAMIS (PART 1) RM2 LOVE



RM10 Jaafar Hussein Prefix VM
Yang ni aku beli dari student.  Dia tunjuk kat aku dia dapat time kenduri kawin abang dia.  Aku offer untuk beli.  Yela, takkan nak tukar free jer. Kalau duit sekarang takpela lagi.  Yang ni duit lama.  Kesian la kat budak.  Mulanya aku offer harga aku tapi budak ni tak setuju.  Ceh, berbakat jadi dealer dia ni.  Dia up pulak harga.  Tapi aku ok jer sebab harga tu masih kira ok la berbanding kalau aku beli kat luar. Akhirnya aku setuju dengan offer budak tuh, so selesai urus niaga.  Mulanya aku ingat LAST PREFIX VM tapi rupanya FIRST PREFIX VM (Cetakan BA BANKNOTE).  Kalau VM last (THOMAS DE LA RUE) nilai dia tinggi sikit la. Tapi takpe.  Puas hati jugak.  Condition belakang kira.



RM 1 PREFIX FW

Yang i dapat dari sekolah jugak tapi sekolah isteri aku.  Dia dapat kat kantin jugak.  Baki duit makan tengahari. Thank you my lovely wife.
Berkenaan yang ni pun pernah aku post dulu
CERITA RM 1

Sekian.....