Jumaat, 29 Jun 2012

LAMA DAN BARU

Assalamualaikum...lama dah tak post. Sibuk sket.  Banyak kerja.  Entry kali ni sekadar berkongsi info mengenai wang kertas yang aku rasa paling unik buat masa sekarang ni iaitu wang kertas RM20.  Kejap ada kejap takde pastu ada balik. Mulanya RM20 mula dikeluarkan pada 1 September 1982 semasa edaran siri ke 2.  Ada dua keluaran RM 20 ni. Yang aku ada cuma keluaran pertama yang aku dapat dari kedai buat kunci kat tempat aku ni


PREFIX TB (takde lagi First TA dan Last TE)
Sign oleh Tan Sri Abdul Aziz Taha

Corak keluaran pertama ni no prefix dia melintang (horizon). 
 Kalau design keluaran kedua no prefix dia menegak (dari atas ke bawah).
(Prefix TF - TH, Replacement UZ)


Design belakang. Bangunan Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur

Tetapi jangka hayat RM20 ni tak lama.  Tahun 1997 pengeluarannya dihentikan.  Dalam tempoh masa penggunaan RM20 tu pun aku rasa jarang sangat aku terjumpa dengan RM20 ni.
Alhamdulillah..tahun ni RM20 kini kembali lagi dengan wajah baru


Warna oren yang menyerlah
Kalau polimer mesti lagi cantik


Design belakang penyu berenang dengan gembira

RM 20 ni salah satu dari corak baru untuk wang kertas edaran terbaru yang telah dilancarkan pada 28 Disember 2011 dan mula dijual dalam folder untuk kenang-kenangan.  Aku cuma ada folder RM 20 ni dengan Folder RM 5 dan RM1. RM 10, RM 50 dan RM100 takde sebab mahal.  Tapi takpe 15 Julai ni BNM dah umumkan wang kertas edaran terbaru akan mula diedarkan untuk penggunaan umum.  So, bolehlah simpan 1,2 keping UNC. 


FOLDER RM 20 DAN RM 1, RM5


Bagi siapa yang masih tak perasan yang duit baru Malaysia ni dah wujud, so aku tunjukkan di sini untuk tatapan semua.  Duit syiling dan diedarkan. (gambar diambil dari lunaticg.blogspot.com - otai kita yang banyak memberi info- tq)

Bulan ni kita sambut Ramadhan dan Hari Raya lepas tuh, so timing baik BNM edarkan duit baru ni.  Dapatlah anak-anak kita duit raya baru. Insyaallah..,sekian.

NAK SAMPUL DUIT RAYA UNIK UNTUK ISI DUIT BARU NI?
BOLEH TENGOK-TENGOK DI ENTRY SAYA SAMPUL DUIT RAYA 2012

Sabtu, 23 Jun 2012

SYILING PERINGATAN PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG


SYILING PERINGATAN TERBARU BAKAL DIMILIKI OLEH PARA PENGUMPUL
AKAN DIJUAL PADA 28 JUN 2012 DI BANK NEGARA MALAYSIA DAN MUZIUM BANK NEGARA MALAYSIA.

PS; ADA RAKAN RAKAN YANG NAK PERGI BELI? AKU NAK KIRIM..EHEEE

Jumaat, 22 Jun 2012

HASIL DARI SEKOLAH

Salam semua.  Setiap hari aku pergi ke sekolah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru.  Alhamdulillah, di samping itu kadang kadang dapat jugak hasil hasil untuk dibuat koleksi. 


RM10 ZG
Yang ni aku dapat dari kantin sekolah semasa menjamu selera
Aku takde lagi ZG ni, yang banyaknya ZC,ZD dan ZE.  ZF pun takde lagi


RM10 Replacement Prefix ZD
Yang ni aku tukar dengan student..'Cikgu suka duit huruf Z ni..tukar dgn cikgu la ek'..itulah ayat aku masa nak tukar duit tuh...'Ok cikgu, no problem'..jawab student aku tuh


RM10 Replacement Prefix ZD jugak
Yang ni hasil dari spot check dompet budak sebab dia main dompet masa tengah exam..jumpa duit ni aku mintak tukar la ..ehe..Entry pasal ni pernah aku post dulu
SATU HARI DI HARI KHAMIS (PART 1) RM2 LOVE



RM10 Jaafar Hussein Prefix VM
Yang ni aku beli dari student.  Dia tunjuk kat aku dia dapat time kenduri kawin abang dia.  Aku offer untuk beli.  Yela, takkan nak tukar free jer. Kalau duit sekarang takpela lagi.  Yang ni duit lama.  Kesian la kat budak.  Mulanya aku offer harga aku tapi budak ni tak setuju.  Ceh, berbakat jadi dealer dia ni.  Dia up pulak harga.  Tapi aku ok jer sebab harga tu masih kira ok la berbanding kalau aku beli kat luar. Akhirnya aku setuju dengan offer budak tuh, so selesai urus niaga.  Mulanya aku ingat LAST PREFIX VM tapi rupanya FIRST PREFIX VM (Cetakan BA BANKNOTE).  Kalau VM last (THOMAS DE LA RUE) nilai dia tinggi sikit la. Tapi takpe.  Puas hati jugak.  Condition belakang kira.



RM 1 PREFIX FW

Yang i dapat dari sekolah jugak tapi sekolah isteri aku.  Dia dapat kat kantin jugak.  Baki duit makan tengahari. Thank you my lovely wife.
Berkenaan yang ni pun pernah aku post dulu
CERITA RM 1

Sekian.....

Ahad, 17 Jun 2012

SYILING PERINGATAN 100 TAHUN PANDU PUTERI

Salam untuk semua.  Syiling peringatan sempena 100 tahun ulangtahun penubuhan pandu puteri Malaysia telah dikeluarkan pada 29 Mei 2012 dan mula  dibuka untuk jualan pada 30 Mei 2012 di Bank Negara Malaysia.  Masa tuh time cuti sekolah dan aku telah pergi ke Kuala Lumpur.  Bukan pergi semata mata nak berbaris di Bank Negara tetapi masa tuh pergi hantar adik aku daftar Pra Perubatan di Uitm Sungai Buluh.  Cadangnya nak la merasa berbaris di bank negara tapi tak kesampaian sebab kekangan masa.  Tapi takpelah. Aku dapat tahu dari blog rakan rakan yang syiling tuh pun cepat ajer sold outnya.  So, jalan seterusnya seperti bias yang aku buat, cari ajelah di internet.  Biasalah harga pun dah up sket.  Harga asal RM 10 untuk nilai muka RM1.  Takpelah up sket pun.  Kalau lambat lambat lagi up la pulak.  






SPESIFIKASI SYILING

SIMPAN JANGAN TAK SIMPAN

Sabtu, 16 Jun 2012

COCA COLA ARAB SAUDI 330ml

Assamualaikum.  Terima kasih bebanyakla kat kawan aku yang telah bersusah payah mencari tin Coca Cola di Arab Saudi.  Kawan aku ni pergi umrah cuti hari tuh, sajer jer aku mintak dia kalau boleh tengok-tengoklah kalau ada Coca Cola Arab.  Kalau takde takpela..tumpukan ajerla pada ibadat.  Tapi kawan aku ni bersungguh pulak mencari.  Dia kata tak jumpa satu pun Coca Cola.  Yang banyaknya Pepsi.  Disebabkan aku tak order Pepsi dia tak pandang sangatla Pepsi Arab tuh.  Pusing punya pusing dia kata jumpa satu kedai ni kat Mekah.  Tu pun dia beli tin ajer.  Aku pun tak tau macam mana,  Kedai tuh jual tin ajer kut macam kat Malaysia nih.  So, selamatlah tin Coca Cola Arab ni sampai ke Malaysia.  Alhamdulillah.



TULIS ARAB



BENTUK BERBEZA SKET DENGAN TIN MALAYSIA
LEBIH 5ML


KANDUNGAN TENAGA PUN LEBIH 

Rabu, 13 Jun 2012

BAS OLIMPIK LONDON 2012

Assalamualaikum.  Olimpik London semakin hampir.  Skang ni macam macam barang keluar dengan mempromosikan Olimpik London.  Para collector pun seronok bila memiliki barang jenama terpilih + Olimpik London.  Yang aku nak post ni bukan barang limited edition pun tapi aku rasa amat tertarik dengan bas mainan anak aku ni.  Bas ni adik ipar aku beli untuk anak aku.  Siap dengan design Olimpik London 2012.  Dapat jer kat anak aku sebelum bas ni tercabut tayar, aku snap dulu gambar untuk kenang-kenangan. So , layan je la post merapu aku ni ye...

 


Warna merah bas ni pun nampak menarik. 

Alhamdulillah, bas ni kini masih dalam keadaan baik dan sempurna.

Isnin, 11 Jun 2012

GELAS KACA COCA COLA OLIMPIK LONDON EDISI TERHAD

Assalamualaikum...tadi saje nak check akaun Nuffnang aku dan terperasan la info mengenai Gelas Kaca Coca Cola Olimpik London Edisi Terhad.  Ni dia gambar gelas kaca yang aku ambil dari website nuffnang


Terima kasih diucapkan kepada nuffnang kerana telah membuka peluang kepada ahlinya untuk mendapatkan set gelas kaca edisi terhad ni.  Apa yang perlu dilakukan ialah tinggalkan komen anda pada post gelas ni mengenai tajuk " Why do you think Coca Cola and the London Olympic 2012 is a Great Match?" (Mengapakah anda rasakan Coca Cola dan Olimpik London adalah Pasangan yang Hebat?)

Tempoh masa juga terhad : 6 Jun 2012 hingga 27 Jun 2012 

Pemenang bagi setiap minggu akan dapatla 1 set lengkap ( 6 biji gelas semuanya)...ada 4 minggu maksudnya ada 4 set sahaja untuk dimenangi


Syarat penyertaan : Kene jadi ahli Nuffnang dulu dan dapat taraf Glitterati

Setakat aku tegok tadi dah ada 66 komen.(perghh..gilala nak menang)..tapi kalau rezeki dapat alhamdulillah la...aku sendiri pun tak bagi komen lagi...ehhee.  So, mana-mana rakan collector yang dah jadi ahli nuffnang apa lagi rebutlah gelas ni bersama-sama.  Semoga berjaya!!



Khamis, 7 Jun 2012

BEKAS AIR 3D TOM N JERRY

Assalamualaikum.  Nak cerita ringkas jer.  Jalan jalan di Giant lagi aku masuk kat Guardian.  So, ternampak pek colgate berserta bekas air 3D Tom n Jerry.  Bekas air yang cantik ni memang sesuai untuk anak aku.  Dia pun minat Tom n Jerry ni.  Bagus untuk menggalakkan anak aku banyak minum air masak.



KENA PAKAI SPEK 3D KUT BARU NAMPAK TIMBUL
TAPI SPEK MATA KENE BELI LAIN LA


Ada 4 design kesemuanya, tapi time aku beli ni hanya tinggal sepeket kaler kuning ni ajer.  Laku sangat kut.  Lawa design dia.


Kepada rakan-rakan collector, dapatkanlah kesemuanya.  Aku dapat satu ni pun alhamdulillah la.  Sekian.

THERMOS COCA COLA

Assalamualaikum.  Terima kasih atas info dari blog rakan-rakan mengenai thermos COCA COLA ekslusif hanya di MyNews.Com.  Masa jalan kat Giant Seri Manjung tempoh hari aku pun singgah la ke kedai MyNews.  Tanya kat kaunter tu ada lagi tak thermos dan dia jawab ada banyak lagi.  Tak habis-habis rupanya stok kat Seri Manjung ni.  So, aku pun buatlah pembelian mengikut syarat yang ditetapkan untuk dapatkan thermos tu. Aku amek satu jer.  Cukuplah.  Boleh bagi isteri aku buat bawak bekal susu panas pergi sekolah.  


MERAH MENYALA
WARNA EKSLUSIF COCA COLA


 Air COCA COLA yang aku beli sebagai syarat untuk dapatkan thermos tu pun dah selamat diminum sampai habis.  

Sempena EURO 2012 ni COCA COLA menganjurkan pertandingan minum dan menang.  Tengok bawah penutup dan menang hadiah tertentu.  Untuk info lanjut tentang peraduan tu boleh tegok di link
http://www.coke.com.my/euro_2012/index.html


Ada kod kategori hadiah yang kita menang antaranya tiket pg tegok Euro, Jersi, bola, topi n wallpaper.  Kod yang aku dapat ialah WP : WALLPAPER.  Nak tebus simple jer pg jer kat web www.coke.com,my.


Inilah wallpaper yang aku dapat.  Jadilah tak dapat yang lain pun...




Sekian.....

Rabu, 6 Jun 2012

MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT

Minum MILO anda Jadi Sihat Dan Kuat!Itula dia slogan milo yang aku rasa paling melekat di hati.  Sejak aku kecik lagi milo ni dah wujud.  Sampai teka teki pun ada berkait dengan milo.  'Macam mana Ali nak seberang sungai yang penuh buaya?' Jawapannya ' Ali masa tuh baru balik dari kedai dia beli milo, so minum milo tuh dia jadi la sihat dan kuat dan boleh terus lompat sungai tu. Lawan buaya pun boleh kut'.  Tu dia pengaruh milo zaman tu terhadap kanak-kanak.

Skang ni bila tengok balik rakan rakan collector mengumpul barang barang milo ni...old skool ke ..baru ke..semuanya telah mengimbau kembali zaman masa kita membesar minum milo.  Tahniah dan syabas kepada semua collector. Tanpa disedari selain kita memenuhi tuntutan minat, kita juga telah menyimpan sejarah yang mungkin akan dikenang oleh generasi akan datang.  So, untuk support rakan rakan colector di luar sana aku pun sekadar nak share barang milo yang aku ada...asalnya barang aku ni bukan untuk dikumpul ( semuanya aku n keluarga aku dah guna).  Tapi atas kesedaran tentang nilai yang ada, aku akan berusaha untuk kekalkannya (maksudnya aku tak buang atau biar buruk macam tu jer).


Tin milo 100 tahun Nestle



Ada dua yang ni


Yang ni ada 4





Isteri aku isi nescafe paket 



Pernah jadi mainan anak aku.
Penutup dah hilang..sayang sekali


Berkarat sikit-sikit



Anak aku conteng 
Boleh dipadam sebab pakai pensel




Itula dia serba sedikit mengimbau kenangan milo di zaman kanak-kanak.  Kepada semua rakan collector
di luar sana, teruskan usaha anda.  Teruskan minat anda dan sambil itu kita minum milo untuk kesihatan
kita.  Tahniah untuk semua!!  Sekian