Khamis, 15 November 2012

BOBOIBOY DI PETRONAS

Assalamualaikum...kepada peminat BoboyBoy terutamanya kanak kanak atau bapak kanak kanak,Petronas telah mula menjual 'Action Figure' watak watak dalam BoboiBoy.  Bulan lepas lagi aku dah terperasan iklan dia kat stesen minyak Petronas, tapi masa tu aku tanya diorang cakap stok tak sampai lagi..baru sampai papan iklan je dulu.  Disebabkan sibuk aku pun lambat meletakkan post ni dalam blog aku nih.

So, baru ni jer aku tengok Facebook Boboi Boy dan ini adalah maklumat pembelian dan sedikit gambar
 ( semuanya dari Facebook BoboiBoy)





 Hanya RM19.90, diskaun menjadi RM 16.90 dengan pembelian RM15 ke atas. Cepat sementara stock masih ada!

Diorang keluarkan sket sket dulu..first keluar Boboiboy Angin dan Yaya, bulan depannya baru  set ke 2 BoboiBoy Tanah dan Ying, Last baru  set ke 3 BoboiBoy Petir dan Gopal.  
Skang ni dah kuar untuk set yang ke-2

Aku baru jer dapat beli Action Figure YAYA.  Aku tak bercadang pun untuk simpan, cuma beli untuk anak aku main jer.  Dia memang minat BoboiBoy ni terutamanya Yaya yang suka buat biskut tak sedap.




Yang ni YAYA yang aku beli untuk anak aku.  Biarla dia main sampai tercabut tangan pun. Ehe

Nasihat untuk diri aku dan kawan kawan, setahu aku (kalau ada silap sila perbetulkan) kita sebagai orang Islam dilarang menyimpan patung atau apa sahaja berbentuk patung sebagai hiasan. Tapi kalau mainan anak anak kecil yang dia pijak-pijak dan campak-campak, itu dibenarkan.  Hanya sebagai mainan anak kecil.


2 ulasan:

  1. aku pun ada beli untuk anak aku boboiboy angin...kepala pun dah tercabut..skang dah hilang...kah3...mmg aku pun tk minat jugak nak simpan bnda2 patung nih...tp mainan lego bentuk org yg promosi kt shell skang ni mungkin aku akan simpan kot..tgh promosi rugi woo x simpan bnda lego nih..klu pegi legoland dia punya harga jualan untuk lego pun mahal gler beb..hu3

    BalasPadam
  2. kereta lego shell aku tak beli lagi..hari tuh nak beli dia kata kene guna bonuslink..time tuh pulak kad bonuslink tak bawak

    BalasPadam