Selasa, 29 Oktober 2013

ORDERLAH SEKARANG!

Assalamualaikum.  Satu masa dulu Coca Cola pernah memberikan free gift 'Serving Tray' atau pun dulang hidangan.  Tapi macam biasala aku tak berpeluang memilikinya.  Nak beli Coca Cola banyak banyak buat minum takde la jawabnya.  

Tapi baru baru ni jugak..ada sahabat di facebook telah mengubahsuai tray Coca Cola ni menjadi sebuah jam dinding yang begitu unik.  Setelah dinilai dari pelbagai aspek, aku pun order la satu tray ni untuk tukar jadi jam jugak.  Alhamdulillah, tray tak pernah ada tapi aku dapat jugak tray + jam dinding yang memang dikira sebagai edisi terhad ni. 


Memang cun..terima kasih saudara Izal Khairie 


Jam rumah aku pun kebetulan dah rosak.  Memang bergunala jam ni.  Sambil mengumpul sambil melengkapkan keperluan rumah.  Terbaikk..!!!

Sabtu, 26 Oktober 2013

TAK PERNAH MINUM PUN

Assalamualaikum.  Pernah minum kopi Ah Huat ? Aku tak pernah minum pun kopi ni. Sedikit masa dulu Kopi Ah Huat ada memberikan mug percuma dengan gambar Uncle Ah Huat tersengih. Masa tu aku cuma tengok saje sebab aku memang tak minum pun kopi ni. Aku takkan beli semata mata nak kan mug ni.  Kene jadi jugak pembeli yang bijak. Kalau tak susah la. Bertimbun barang yang tak guna nanti.
 
Tapi baru baru ni aku dapat jugak memiliki mug Uncle Ah Huat ni melalui jualan penghabisan stok di sebuah pasaraya. 
 
 
Design menarik..Uncle Ah Huat tersengih
 
 
Design belakang pun menarik 
 
 
Ambil 4 sahaja la... cukup la tu