Isnin, 17 Disember 2012

TIN EKSLUSIF LIPTON EDISI TERHAD

Assalamualaikum.  Barangan Lipton memang payah aku nak dapat.  Diorang ni bukan rajin sangat nak bagi barang free.  Koleksi barang Lipton aku pun memang agak terhad.  Salah satu yang aku ada ni ha tin Lipton Edisi Terhad ni. Dah lama dah keluaran ni tapi aku ni biasa la...dah basi baru la berpeluang dapat.  Bukan baru pun. Dah agak buruk dan ada kemek sikit. Takpela.  Duit pun tak keluar. Dapat free jer. Dari dibuang begitu sahaja, baik kita kumpul dan simpan






TAMBUN INN IPOH

Assalamualaikum.  Baru dapat sekotak mancis dari Hotel Tambun Inn, Ipoh.  Hotel ni masih wujud dan berdiri megah di bandaraya Ipoh, Perak.  Memang hotel yang dah lama dan agak terkenal di Ipoh satu ketika dulu.  Banyak persidangan dan mesyuarat penting pernah dijalankan di sana.  Antara yag pernah menginap di sana ialah abah aku yang sewaktu ketika tu menghadiri mesyuarat Pengetua di sana. Tahun bila aku pun tak tahu.  Abah aku pun dah tak ingat. Antara cendera hati yang dibawa pulang ialah mancis khas dari Tambun Inn.


KLASIK


MANCIS HIJAU


TAMBUN CAFE


MEMANG LAMA DAH NI
TAKDE WEBSITE LAGI TIME NI..GUNA TELEX DAN CABLE JE