Assalamualaikum...dah dua post aku kongsi berkenaan dengan kereta Shell LEGO. Di sebalik kemeriahan sambutan orang ramai nak dapatkan model edisi terhad ni, tetiba pulak ada masalah timbul berkenaan syarat kelayakan untuk membeli set tersebut. Mulanya aku tak tau pun..tu sebab la tulis post sedap jer. Lepas tuh aku pergila mengisi minyak di Shell Kubang Kerian dekat dengan Istana. Nak isi minyak Ron 95, guna bonuslink dan nak beli satu model dengan harga RM12.90. Pastu kakak kaunter tu pulak kata kene isi Ron 97 baru la dapat beli. Kalau tak kirim salam ajer la. Aku tanyala sebab apa tak boleh pulak. Dia kata sebab Ron 95 dah ada subsidi. Tak tau la apa kene mengenanya. Aku berkeras jugak bagitau yang Shell tempat lain aku tanya dulu boleh ajer beli. Kakak tu hanya tersengih dan dia passing aku pada makcik kaunter pulak. Bos kut. Makcik tuh kata peraturan baru tapi takpelah dia still bagi aku beli menggunakan kuasa budi bicara dia. La..boleh pulak. Time tuh aku terfikir, hal ni peraturan baru HQ Shell atau stesen pandai pandai buat rule sendiri. Dalam post terdahulu BERBALOI UNTUK KOLEKSI aku dah nyatakan serba sedikit syarat pembelian dari laman web Shell www.shell.com.my. Kali ni aku letak lagi skali
TENGOK YANG HIGHLIGHT TUH..RON 95 TUH BUKAN OTHER SHELL PRODUCT KE?
Dalam iklan Shell suratkhabar pun tak cakap pun kene beli RON 97
IKLAN TAK SENTUH PUN PASAL HARGA RM10.90 V POWER. PASAL HARGA RM10.90 TUH PUN TGK KAT WEBSITE JER. SO, SALAH SIAPA?
Disebabkan kekeliruan iklan ni la telah mencetuskan kemarahan dan ketidak puas hatian orang ramai di FB Shell
Alhamdulillah, pihak Shell pun dah bagi feedback dan dah pun mengumumkan berita terbaru berkenaan pembelian set LEGO ni di www.shell.com.my
BOLEH BELI PAKAI KAD BONUSLINK SAHAJA..TAK BELI MINYAK PUN TAKPE. HARGA RM12.90. TERHAD UNTUK SATU PEMBELIAN SAHAJA. UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BOLEH TERUS KE LINK NI
SO, LEPAS NI KITA TRY LA BELI SAJER PAKAI KAD BONUSLINK..TAK PAYAH ISI MINYAK..TENGOK BERJAYA KE TAK.....
Pada pendapat aku, maslah ni tak sepatutnya timbul memandangkan pihak Shell dah berpengalaman dalam mempromosikan produk edisi terhad ni. Kalau dari awal macam ni lebih elok. Sape beli Ron 97 baru la dapat beli dengan harga diskaun. Baru berbaloi dengan harga minyak yang mahal tuh
DAPAT BELI YANG KALER KUNING ..KALAU LEPAS NI TAK BOLEH BELI JUGAK TERPAKSALAH AKU STOP COLLECT KERETA NI..TAKKAN NAK ISI RON97 PULAK..
SEKIAN
brapa kerat sgt kreta dlm Malaysia ni yg pakai ron97..
BalasPadamtu la..skang boleh beli ajer tak payah isi minyak
BalasPadam