Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...Alhamdulillah tahun ni aku dan keluarga berhari raya pertama di Seri Manjung di Perak. Raya ketiga kami beraya pulak kat Bukit Tanah, Selising di Kelantan. Anak aku yang baru masuk 3 tahun beraya sakan tahun ni sebabnya mungkin baru tahu mengenai hari raya..dulu masa kecik memang langsung tak tau. So, mana mana pergi beraya adalah yang memberi duit raya untuk anak aku. Alhamdulillah banyak lah jugak dapat..boleh buat simpanan dalam tabung haji.
Yang aku nak post ni berkenaan sampul duit raya yang anak aku dapat. Mulanya aku buat tak tau ajer pasal sampul duit raya ni..tapi isteri aku dalam diam mula mengumpul sampul sampul ini..ehe..Isteri aku cakap design setiap tahun sampul ni berubah ubah terutamanya kalau sampul bank..mesti ada design baru setiap tahun. So, aku pun support jugak la sepertimana dia support hobi mengumpul duit aku ni. Antara banyak sampul yang anak aku dapat, aku view kat sini mana yang aku rasa unik...So, layan ajer la..
PETRONAS
AL-IKHSAN (DEPAN)
AL-IKHSAN (BELAKANG)
PERODUA
HONG LEONG ISLAMIC
SSPN
KELANTAN FA
RED WARRIOR
(BELAKANG)
KELANTAN FA (DEPAN)
ADA TOK GURU LAGI
SATU MALAYSIA
JAB PERDANA MENTERI
TESCO
ADA DUA DESIGN
SAMPUL YANG LAIN LAIN DARI PELBAGAI SYARIKAT DAN JENAMA
salam boh,
BalasPadamkalau ada lebih sampul raya tu bolehlah tukar2 terutama sampul Kelantan FA.
wsalam..sori la semuanya ada satu jer..anak baru sorang, so dapat duit raya pun dapat satu sampul aje la..tahun depan boleh dapat dua kut..insyaallah
BalasPadamsalam...saya pun pengumpul sampul duit raya...
BalasPadamkalu berkongsi minat yang sama...boleh kita tukar2 kan...
jemputlah ke blog saya...
http://h-n-i.blogspot.com/2012/09/punya-minat-yang-sama.html
ni email saya comot81@gmail.com
wsalam..koleksi kecil kecilan ajer...isteri yang kumpul..tak seberapa pun
BalasPadam