Selasa, 31 Julai 2012

KOLEKSI DUIT RAYA

Assalamualaikum.  Hari tuh aku dah mula menukar duit baru di Maybank.  Kene bertindak cepat sebab tempat aku ni kejap ajer habisnya.  Esoknya lepas aku tukar duit, bank dah naik notis bagitau yang RM1 dan RM5 dan pun habis.  Kenela tukar di bank lain pulak.  Tapi memandangkan semua orang nak duit baru untuk stok raya ni, aku rasa mana mana bank pun mungkin akan diserbu.  Alhamdulillah, aku dapat jugak tukar RM1, RM5, RM10 dan RM20.  Aku cek jugak nombor prefix duit yang aku dapat tapi takdela dapat yang first prefix AA. Cuma RM5 ajer yang stil dapat prefix AA.  Tapi takpelah sebab RM1, RM5 dan RM20 aku dah dapat prefix AA dulu masa beli set peringatan.  Cuma RM10 dan  RM100 jer takde lagi.  Prefix AAA untuk RM50 pun masih belum ada. Aku dah post dulu dalam LAMA DAN BARU




RM1 PREFIX AL..JAUH DAH DARI AA



RM5..MASIH LAGI PREFIX AA TAPI NOMBOR DAH SEMAKIN BESAR



RM10 PREFIX AE
BARU DAPAT RM10 NI..SET PERINGATAN DULU AKU TAKDE YANG RM10 NI



RM20 PREFIX AD
WANG KERTAS TERBARU PALING AKU SUKA

So, aku amek simpan sket untuk koleksi UNC aku.  Lepas lepas(selepas setahun) ni mesti agak sukar nak dapatkan UNC.  Target selepas ini untuk dapatkan prefix prefix tertentu, radar, solid dan replacement.  Aku tak berapa minat untuk membeli note yang macam tuh tapi aku berminat untuk mendapatkannya secara kebetulan.  Bagi aku kalau dapat macam tuh baru terasa kepuasannya menyimpan sebagai koleksi.  Okeh, kepada diri aku, aku ucapkan Selamat Memburu Duit Malaysia Siri Baru...Siri lama dulu pun masih lagih tak terkumpul..Ehe..takpe..slow-slow...Sekian






4 ulasan:

  1. terbaik.. Area masai msh ada lg 1st prefix.. smlm g tkar note tuk raya, memg kene tunggu sebb duit tkr kul 10 baru leh. ada la sejam duk dpn maybnk.. tp berbaloi, tgok2 no memg AA.. so tak bdget tuk dpt pun.. tapi sebb dah dpt AA sayg lak nak guna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah semuanya AA rasanya kenala guna jugak..ehe..kalau tak pokai la raya nanti..nasib baik jugak la tak dapat semuanya AA

      Padam
    2. tah la.. tgok semua mcm AA je.. Rm 5 pun dapat AA gak..cuma rm 10 je yang dapat AJ.. sayang lak nak guna kalau mcm ni.. huhu.. g kedai runcit tukar duit yang buruk2 je la kepas ni.. kihkih..

      Padam