Sabtu, 29 Disember 2012

70 TAHUN NESCAFE

Salam semua.  Nescafe memang sinonim dengan warna merah seperti mana Milo yang sinonim dengan warna hijaunya.  So, tak hairanlah kalau selalunya Nescafe mengeluarkan barangan limited editionnya yang berwarna merah.  Merah tetap merah tapi designnya sajer berubah sepertimana mug Nescafe sempena ulangtahun ke 70.



Dah 70 tahun usianya. Zaman datok nenek kita dulu dah ada dah Nescafe ni. Memanglah kalau barangan antik yang tertera perkataan Nescafe memang tinggi nilainya.  Berbaloi untuk dimiliki jika kita tahu menilai dan memanfaatkan nilainya.



Jumaat, 28 Disember 2012

DAPAT LAGI 20 SEN 1994

Assalamualaikum.  Baru baru ni aku telah berjaya memperolehi satu lagi 20 sen tahun 1994.  Kali ni aku perolehi hasil dari pemberian adik ipar aku yang juga pernah meyumbangkan beberapa keping wang kertas untuk koleksi aku.  Keadaan duit syiling tu bukan UNC tapi ok la.  Masih lagi dalam keadaan yang elok. Kalau aku nak gred kan pun aku pun kurang arif. Antara EF atau VF kut.


SO? GRED APA?



Untuk maklumat 20 sen 1994 dikeluarkan pada tahun 1994 sebanyak 2,680,339 keping dan ditempa di Kilang Wang, Shah Alam.  Kalau nak dibandingkan dengan 20 sen keluaran tahun yang lain, tahun 1994 paling sikit pengeluarannya.  So, sekarang ni memang payah dah nak terjumpa dengan syiling 20 sen 1994 ni.  Nilai untuk sekeping 20 sen 1994 gred BU ialah dalam lingkungan RM100 dan UNC dalam lingkungan RM50.  Hebat bukan? So, lepas ni kalau dapat 20 sen jangan lupa untuk tengok tahun nya. Mana tau dari boleh beli gula gula 20 sen tetiba dah boleh makan kat gerai untuk 2 atau 3 orang. Sekian.

PS: MENURUT RAKAN YANG MENGKAJI SYILING ERROR 20 SEN 1994 NI ADA ERROR DD ATAU MDD...YANG NI AKU MASIH TAK TAU..KALAU ADA INFO BOLEH KITA KONGSIKAN

Khamis, 27 Disember 2012

MUG NESCAFE MERAH

Assalamualaikum.  Nescafe selalunya bukan pilihan minuman aku tapi sejak menceburkan diri dalam bidang pengumpulan ni aku sedikit sebanyak telah pun memperolehi barangan Nescafe sebagai koleksi.  Antaranya yang baru aku miliki sebab aku tak minum sangat Nescafe ni ialah mug simple Nescafe berwarna merah ni



DESIGN SIMPLE DAN TAK BANYAK WARNA...MERAH SUDAH CUKUP


Rabu, 26 Disember 2012

5 SEN 1971

Assalamualaikum....Ada apa pulak dengan 5 sen ni? Sama la dengan 5 sen lain dari segi rupa bentuknya tapi dari segi waktu kelahiran ada perbezaannya. 5 sen ni dilahirkan atau ditempa pada tahun 1971. Maksudnya keluaran dia ni tahun 1971 la. Dalam katalog dihighlightkan yang tahun 1971 patut dimiliki oleh collector.  Sebabnya pengeluarannya hanya sebanyak 16,657,712 keping.  Dan tahun 1971 bermula pengeluaran syiling Malaysia oleh Kilang Wang Shah Alam. Made in Malaysia.  Sebelum ni syiling ditempa di Royal Mint UK.  Kita belajar dulu kepakaran dari luar dan bila kita sendiri dah ada kepakaran kita boleh laksanakan sendiri. That is the basic of knowledge.  


Aku ada satu ni jer.  Biasa la aku bukan beli pun.  Kalau jumpa ajer aku simpan. Baca baca sejarah sikit untuk tambah ilmu.  Sekian untuk koleksi duit syiling.

Anda minat mengumpul syiling?

Selasa, 25 Disember 2012

HANEE ONLINE BABY AND KIDS BOUTIQUE

Assalamualaikum.  Di kesempatan ini, aku dengan berbesar hati menjemput semua rakan rakan ke Page perniagaan terbaru keluarga aku. Alhamdulillah, aku dan isteri aku dapat mengembangkan lagi perniagaan kecil kecilan kami dari Dinee Collection (menjual kain pasang dan tudung) ke Hanee Online Baby and Kids Boutique.  Rezeki anak kedua so nama pun ikut nama anak. Anak sulung untuk bisness terdahulu dan juga nama blog ini yang asalnya dahulu Koleksi Dinee. (nama URL masih lagi kekal )

Hanee Online Baby and Kids Boutique kami menjual pakaian bayi, kanak kanak lelaki dan perempuan, kasut, aksesori bayi ( beg dan sebagainya ) dan peralatan permainan.


PAKAIAN BABY


KASUT BUDAK


PIJAMAS


 KOREAN STYLE BEAR HAT


BAJU BUDAK LELAKI


BAJU BUDAK PEREMPUAN

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke FaceBook kami 


Diharapkan semua rakan rakan dan pembaca blog ini dapat memberikan sokongan. 
Terima kasih banyak banyak kami ucapkan.


MUG ENERGIZER..BATERI BERLARI LARI

Salam.  Mulanya aku ingatkan ada satu jer mug ni tapi bila geledah geledah lagi rupanya jumpa sampai 3 biji.  Ok jugak mug energizer ni.  Uniknya sebabnya Energizer ni ialah jenama untuk bateri.  Kenapa pulak bateri nak bagi mug? Bukannya nak letak bateri dalam mug pastu minum air bateri.  Lainlah kalau Milo atau Nescafe. Diorang bagi mug supaya minum produk diorang guna mug tu. Yang tu logikla jugak. Ha. Sebabnya tak logik ni la kene simpan mug ni. Jarang jarang jumpa bateri bagi free gift mug. 


PERINGATAN: AIR BATERI TIDAK BOLEH DIMINUM


ADA 3 DESIGN...EHE..ACTUALY 3 DESIGN DALAM SATU MUG JER

Isnin, 24 Disember 2012

PENUTUP PULAK TAKDE...

Salam semua.  Cawan Milo ni pun dah lama dalam simpanan mak aku dan dah secara rasminya masuk ke rak aku. Tapi malangnya penutup dia pulak dah takde. Dah la dia ni sebatang kara takde ahli keluarga( sepatutnya ada lagi design untuk bapak, mak dan adik beradik). Kalau nak tau design lain boleh rujuk blog saudara edielly. Yang aku ada cuma design adik perempuan ajer....tu pun tak sempurna



ADA SESIAPA ADA LEBIH NAK TOLAK KAT AKU BOLEH INFORM...

Ahad, 23 Disember 2012

NOSTALGIA ZAMAN KANAK KANAK

Assalamualaikum.  Bila tengok ajer mug bola Milo ni mesti teringat zaman kanak kanak dulu.  Mug ni memang dah dalam simpanan keluarga aku sejak tahun 1993. Kenapa aku ingat tahun tu sebabnya tahun tu la aku berkhatan.  Masa tu abah aku beli Milo dan dapat mug ni.  Memang excited gila la time tuh. Yela..masa tu kira pelik la dapat mug macam ni kut.  Dah tu masa tu budak budak lagi. Lagi la best.  Nasib tak pergi sepak ajer mug ni sebab bentuk macam bola sepak.  Masa duk baring tak bergerak gerak tu la dapat minum Milo pakai mug ni. Tapi masalahnya bila minum mesti air tertumpah. Sebabnya design mug ni tak sesuai untuk dibuat minum. Bentuk dia terlalu membulat ke atas. Lagi satu mug ni memang rapuh berbanding mug sekarang. Terlalu mudah untuk pecah. Tapi Alhamdulillah, mug ni masih elok disimpan. So, aku pun amekla mug ni untuk dikumpul dan disimpan.


KENANGAN......

Sabtu, 22 Disember 2012

SYILING RM1 1995

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Lama tak cerita tentang koleksi duit.  Bukan apa, nak mengumpul duit ni boleh dikatakan susah jugak la dan kadang kadang perlu berbelanja besar. Alhamdulillah, koleksi aku kebanyakannya hanyalah hasil penemuan yang tidak perlu mengeluarkan belanja pun.  Aku lebih suka macam tu.  Baru terasa nak simpan.  Baru ni aku terjumpa pulak syiling RM1 lama tahun 1995.  Menurut katalog, pengeluaran tahun tu cuma 133,172,580 keping. Banyak ke sikit? Macam tuh dah dikira banyak la dan jumlah pengeluaran yang biasa.  Harga UNC mungkin area RM 12 dab BU area RM15.  Tak tinggi mana pun.


HASIL PENEMUAN DI DALAM ALMARI LAMA STOR


KERIS

Masa kecik dulu kalau raya mesti ada sampul duit raya khas untuk syiling RM1 ni.  Dapat aje tak buka lagi dah tau dapat RM1. 

RM1 ni tidak diperlakukan sah mulai 7 Disember 2005.  Sebab apa kene tarik balik? Sebabnya permintaan yang rendah dan penggunaan yang semakin kurang popular untuk urusan jual beli.  Ada yang kata berat dan susah nak bawak.  Sebab tu la syiling terbaru hari ni salah satu ciri dia ialah ringan dan mudah untuk dibawa.

Jumaat, 21 Disember 2012

DARI BILIK AIR KE RAK SIMPANAN

Assamualaikum.  Aku dari dulu lagi memang tak perasan langsung kewujudan bekas ni dalam bilik air rumah mak aku.  Baru hari tuh perasan time anak nak mandi.  Sebab kedudukan bekas ni menyababkan label Milo terlindung.  Bekas ni telah berkhidmat dalam bilik air sebagai bekas menyimpan berus basuh dan sabun basuh.  Disebabkan dah lama dia duk kat situ aku pun menamatkanlah perkhidmatan dia dan bagi dia berehat dalam rak simpanan koleksi aku.  Kira naik pangkatla nih..


BASKETBALL..ADA SUKAN LAIN KUT


ADA PENUTUP KE TIDAK?
 AKU PUN TAK TAU