Khamis, 20 Disember 2012

NESCAFE GOLD LIMITED EDITION TUMBLER

Salam semua.  Jalan jalan di Aeon Seri Manjung bersama keluarga dan ternampak pulak promosi Nescafe Gold.  Aku ni memang tak minum pun Nescafe Gold ni.  Tapi yang menariknya dia bagi free bekas air edisi terhad.  So, disebabkan aku tak beli aku snap ajer gambar ni untuk buat rujukan.  Kita try cari bekas ni di tempat lain pulak lepas lepas ni.  Tapi kalau sesiapa yang nak terus boleh la cari Nescafe Gold ni di pasaraya berdekatan anda.


PAPAN IKLAN DIA..NAK SIMPAN YANG NI PUN BOLEH


ADA DUA DESIGN..BOLEH PILIH ATAU AMEK AJER DUA DUA


SAJE UNTUK SUKA SUKA


Salam semua.  Saje untuk suka suka je nih...tin ni ada orang yang akan buang selepas minum. Ada jugak yang kumpul pastu pg jual ke kedai kitar semula.  Dan ada juga yang akan simpan untuk dibuat koleksi.  Ehe. So, apa yang anda buat dengan tin ini? Lu pikirla sendiri...

Rabu, 19 Disember 2012

GELAS SNOOPY MCD

Assalamualaikum.  Gelas ni aku dapat bukan di restoran McD dengan membeli burger atau apa sahaja makanannya tapi aku dapat dari kedai barangan terpakai dari negara jiran kita Singapura.  Tak tau la bila punya dia bagi atau pun ada ke tak keluaran macam ni di Malaysia.  Apapun, corak gelas ni nampak menarik. Ada gambar kartun Snoopy yang cukup popular satu ketika dulu.




SNOOPY COLLECTION



TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KAMI :)

JALAN JALAN DI TIME TUNNEL CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum.  Minggu lepas aku dan keluarga bercuti di Cameron Highland.  Memang hampir setiap tahun pergi tapi sekali pun aku tak pernah masuk ke Time Tunnel.  Tapi pergi kali ni 2 malam so masa banyak jadi aku pastikan dapat masuk ke Time Tunnel.  Bagi yang tak berminat dengan barang barang lama ni mesti rasa membuang masa dan duit je masuk tempat macam tu. Yela, apa faedahnya tengok benda yang mungkin kata orang ibarat sampah yang menyemakkan ruang jer.  Tapi bagi aku yang berminat memang rasa puas hati walaupun aku masuk dalam tuh sekejap jer sebab bapa dan mak mertua tunggu kat luar.  Diorang tak nak masuk. Yang masuk cuma aku, isteri aku, adik ipar n anak aku.  Anak yang kecik duk luar dengan mak mertua.  So, sempatla snap gambar sikit sikit buat motivasi. Bagi semangat sket kumpul barang ni..mana tau boleh bukak muzium jugak





PINTU MASUK KE TIME TUNNEL CAMERON HIGHLAND


SERBA SEDIKIT SEJARAH CAMERON HIGHLAND


TIN TIN MILO 


ANEKA MUG
VAN MILO PUN DAH ADA
KALAU TAUKE TU NAK JUAL MESTI BEREBUT COLLECTOR NAK BELI




KOLEKSI TABUNG


GELAS


DARI DARKIE KE DARLIE


BOTOL DAN CAWAN


SIGN LAMA
MAHAL NI


IC BETOL KE NI?


EHHHE...AMALKAN MENABUNG SEJAK KECIL YE...

Itu ajelah gambar yang aku boleh kongsikan.  Banyak amek gambar tapi tak larat pulak nak letak sume.  Kalau dah letak sume tak bestla kalau pergi sendiri nanti.  Tengok live lagi best.  So, bagi sesiapa yang tak try lagi masuk cubalah masuk dan tengok.  Bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak kanak.  Mahal? Anda sendirilah yang menilai...tepuk dada, tanya selera....

KLIK DI SINI UNTUK GO GREEN WITH MILO

TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KAMI :)

Selasa, 18 Disember 2012

TRANSFORMASI KOTAK MANCIS

Assalamualaikum.  Sekarang ni makin syok pulak mengumpul kotak mancis ni hotel ni.  Setiap hotel membawa identiti sendiri melalui kotak mancis masing masing.  Kalau dapat kotak mancis dari hotel lama lagi berbaloi. Kadang kadang kita tak perasan nilai sejarah yang ada walaupun dari kotak mancis yang kecik ni.  Dulu aku pernah pos berkenaan kotak mancis Travelodge Hotel yang terletak di Kangar.  Kali ni aku dah dapat pulak kotak mancis dari hotel Putra Palace juga terletak di Kangar.  Uniknya, kedua dua hotel ini adalah hotel yang sama cuma nama sahaja berbeza.  Skang ni nama Travelodge dah jadi sejarah dan telah pun bertukar nama sebagai Putra Palace.  So, kotak mancisnya pun mengalami transformasi...


ALAMAT YANG SAMA, TEL DAN FAX YANG SAMA
PEMBAHARUAN DENGAN ADANYA WEBSITE


Isnin, 17 Disember 2012

TIN EKSLUSIF LIPTON EDISI TERHAD

Assalamualaikum.  Barangan Lipton memang payah aku nak dapat.  Diorang ni bukan rajin sangat nak bagi barang free.  Koleksi barang Lipton aku pun memang agak terhad.  Salah satu yang aku ada ni ha tin Lipton Edisi Terhad ni. Dah lama dah keluaran ni tapi aku ni biasa la...dah basi baru la berpeluang dapat.  Bukan baru pun. Dah agak buruk dan ada kemek sikit. Takpela.  Duit pun tak keluar. Dapat free jer. Dari dibuang begitu sahaja, baik kita kumpul dan simpan






TAMBUN INN IPOH

Assalamualaikum.  Baru dapat sekotak mancis dari Hotel Tambun Inn, Ipoh.  Hotel ni masih wujud dan berdiri megah di bandaraya Ipoh, Perak.  Memang hotel yang dah lama dan agak terkenal di Ipoh satu ketika dulu.  Banyak persidangan dan mesyuarat penting pernah dijalankan di sana.  Antara yag pernah menginap di sana ialah abah aku yang sewaktu ketika tu menghadiri mesyuarat Pengetua di sana. Tahun bila aku pun tak tahu.  Abah aku pun dah tak ingat. Antara cendera hati yang dibawa pulang ialah mancis khas dari Tambun Inn.


KLASIK


MANCIS HIJAU


TAMBUN CAFE


MEMANG LAMA DAH NI
TAKDE WEBSITE LAGI TIME NI..GUNA TELEX DAN CABLE JE





Ahad, 16 Disember 2012

MAU MINUM APA??

Assalamualaikum.  Pernah tengok tak pen apa yang kedai mamak guna time nak amek order? Selalunya tak perasan sebab terlalu fokus pada apa yang mamak nak cakap. 'Mau minum apa?..teh tarik ada..nescafe ada..milo ais ada...milo o ada...'..Ha...mungkin jugak mamak tu guna pen yang ditaja khas oleh Nescafe...



HAVE A GREAT DAY...!

Ha.  Pen ni pun bukan dapat dari kedai mamak pun tapi hasil buruan di Kelantan tempoh hari.  Ada tulis Nescafe..simpan ajer la...jangan guna jadi sudu pulak pen ni..ehe..sekian.



Sabtu, 8 Disember 2012

BIASA BIASA PUN JADILA

 Assalamualaikum.  Lama dah tak dapat stok duit untuk koleksi.  Alhamdulillah, dapat 3 keping dari adik ipar aku yang baru habis SPM.  Dapat la RM5 Ahmad Don, RM 1 Ismail dan 1 riyal Arab Saudi.  Dah lama jugak la duit ni dalam simpanan dia, tapi akhirnya dia bagi jugak kat aku.  Thank you my brother.


Keadaan duit ni pun dah tak berapa baik.  Boleh dikatakan fine aje la kut. Tak pun bolehla dikatakan fine ke bawah.  Ehe.  Tapi bagi aku, tak kisah la macam mana pun. Biasa biasa pun jadila. Simpan jer la. Kita  kumpul dan simpan


RM 5 PREFIX PM


TAKDE CROSS FLAG PUN


YANG NI UNC DAH ADA..DAPAT MACAM NI PUN KIRA OK LA



1 RIYAL








Jumaat, 7 Disember 2012

HOTEL KANGAR TRAVELODGE, PERLIS

Assalamualaikum.  Bagi warga Perlis khususnya di Kangar, mesti tahu pasal Hotel Travelodge di Kangar.  Aku dan keluarga aku pernah menginap di situ suatu masa dulu time kakak aku belajar di Universiti Utara Malaysia. Area tahun 1998.  Masa pergi tuh, kami memang membawa balik barang hotel yang ada dalam bilik tuh macam mancis, syampu, sabun.  Time aku balik Seri Manjung hari tuh, aku terjumpa kotak mancis Hotel Travelodge ni. Yang buat aku nak simpan kotak mancis ni ialah, skang ni Hotel Travelodge ni dah bertukar nama ke Hotel Putra Palace. So, kotak mancis dia pun mungkin dah tulis Putra Palace.  Apalagi, kita kumpul dan simpan!!


MASIH ADA MANCIS DI DALAM



BANGUNAN HOTEL 
SUMBER GAMBAR : traveling2u.blogspot.com